Laman Utama

Big Stage 2022: Ajai Beri Sebab Kenapa Ajoi Zainal Gagal Mara Ke Peringkat Akhir

Izwan Isa
20/03/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
Big Stage 2022: Ajai Beri Sebab Kenapa Ajoi Zainal Gagal Mara Ke Peringkat Akhir
Minggu separuh akhir Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) telah pun melabuhkan tirai semalam. Pada penghujung konsert, penyanyi Ajoi Zainal diumumkan peserta yang tersingkir, sekali gus menyebabkan dirinya gagal lolos ke peringkat akhir.
Juri tetap Big Stage 2022 Ajai berkata, salah satu faktor Ajoi gagal mara ke pusingan akhir adalah disebabkan rasa gementar yang masih tebal setiap kali dia membuat persembahan di atas pentas.
“Of course (salah satu sebab kenapa Ajoi tersingkir). Hal tersebut mengganggu emosi dan nyanyiannya. Kamu sebagai penyanyi perlulah profesional.
“Kadang-kadang dalam pertandingan, kamu tak boleh menangis ketika persembahan. Seperti Tegar, apabila dia mula menangis, resonance suaranya juga berubah teruk.
“Setakat rindu keluarga sahaja… kamu kena kuat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai lima peserta Big Stage 2022 yang mara ke peringkat akhir, Ajai berkata, dia berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.
“Kita memang menilai semua peserta dengan adil dan kita tidak pilih mereka ke final berdasarkan jangkaan. Kita pilih mengikut prestasi,” katanya lagi.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Seramai lima peserta berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar Septian.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024