Berita

“Better Dari Bagi Tengok Gadget Kan?”- Shakilla Khoriri Beri Anak Tonton TV

Syafiqah Jalal
19/07/2019
11:39 MYT
Sponsor Banner
“Better Dari Bagi Tengok Gadget Kan?”- Shakilla Khoriri Beri Anak Tonton TV
Pelakon Shakilla Khoriri menerima teguran apabila anaknya, Ameena Sofia yang masih kecil berusia empat bulan diberi menonton televisyen atau TV.
Menurut Shakilla, lebih baik jika Ameena diberi menonton TV daripada bermain dengan gajet.
Malah Shakilla berkata, dia dan suami tetap mengawal waktu untuk bayi menonton TV supaya ia tidak terlalu lama.
“Ada yang cakap tak elok bagi baby tengok TV. Tapi Umi rasa better dari bagi baby tengok Gadget kan?
“Umi & Daddy control bila waktu Ameena tengok TV. Lepas mandi waktu pagi sebelum menyusu dan tidur balik.
“Mostly Ameena tengok pun @didiandfriends .. Sebab Umi & Daddy dapat detect Ameena suka menyanyi ni.
“Other than that kalau Ameena tengok tak sampai lima minit dia bebel macam bosan,” tulisnya.
Shakilla berkongsi kapsyen tersebut menerusi akaun Instagram yang dicipta khas untuk berkongsi perkembangan anaknya @ameenasofia_.
Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Shakilla kerana menurut mereka yang penting bersederhana.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024