Laman Utama

“Berlakon Bukan Setakat Berlakon Je” - Daiyan Trisha Ada Sebab Untuk Lebih Selective Pilih Watak!

Hanafis Haris
05/04/2021
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Berlakon Bukan Setakat Berlakon Je” - Daiyan Trisha Ada Sebab Untuk Lebih Selective Pilih Watak!

Pelakon cantik, Daiyan Trisha akui dia agak memilih apabila membabitkan tawaran drama atau filem.

Menurut Daiyan, selalunya dia akan mengambil kira kesesuaian masa dan juga watak yang diberi.

Jelasnya, kebanyakan sesi penggambaran khususnya drama, memerlukan tempoh agak lama sekitar sebulan hingga 50 hari.

“Jadi bila satu-satu projek itu agak lama, kalau saya boleh mahu ia berbaloi.

“Daiyan akan lihat cerita tu pasal apa, pengarah dia siapa, baru Daiyan adjust masa. Kadang kala ada watak sesuai tapi masa pula tak ok sebab terlalu lama.

“Sebenarnya ada je drama yang berkualiti dan sesuai dengan Daiyan, contoh terbaik Projek: Anchor SPM. Memang something new,” katanya.

Tambahnya, menjadi pelakon yang memilih watak atau naskah drama bukan satu kesalahan, malah ia menjadikan seseorang itu lebih bernilai.

“Bila kita memilih, setiap projek lain-lain watak, ada kualiti, saya rasa kita ada value di situ.

“Bila orang tahu kita ada sesuatu projek drama ke filem, mesti orang ternanti-nanti apa yang baru kali ni.

“Tidaklah asyik sama je. Berlakon ni bukan setakat berlakon je,” katanya.

Untuk rekod, Daiyan kini sedang rancak membawa watak Aaidaa menerusi drama premium terbitan Astro Originals Projek: Anchor SPM.

Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Projek: Anchor SPM ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024