Berita

Berkahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doakan Kebahagiaan Bersama Bebi Silvana

Rozaimi Zubaidi
17/12/2018
07:18 MYT
Sponsor Banner
Berkahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doakan Kebahagiaan Bersama Bebi Silvana
Penyanyi lagu-lagu ketuhanan berasal dari Indonensia, Opick, mengesahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan seorang wanita bernama Bebi Silvana.
Menerusi entri di Instagram (IG), Opick berkongsi gambar bersama isteri baharunya itu dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka,
"Bismillah. Assalammualaikum. Mohon doanya para guru dan sahabat sekalian semoga kami diberikan keluarga sakinah mawaddah warrohmah.
"Semoga dibekati hari-harinya dengan rezeki melimpah barokah manfaat jauh dari musibah dan bencana.
"Semoga dimudahakan segala urusannya di reda hari-harinya. Dimudahkan dalam ibadah diberi rahmat dan hidayah. Diberi anak-anak yang soleh dan solehah selamat dan menyelamatkan," tulisnya.
Rata-rata mengakui terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Opick dan mereka mendoakan kebahagiaan hubungan rumah tangga yang dibina olehnya.
Sebelum ini, perkahwinan pertamanya dengan Dian Rositaningrum dikurniakan lima orang cahaya mata. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 24 Julai lalu kerana Dian tidak boleh menerima poligami.
Opick memadukan Dian dengan menikahi seorang wanita bernama Wulan. Namun begitu, Wulan meninggal dunia pada Mac lalu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Opick.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024