Berita

Bercuti Ke Paris Dengan Anak, Shakilla Khoriri Pesan Jangan Bawa Stroller Kerana....

Syafiqah Jalal
24/01/2020
05:27 MYT
Sponsor Banner
Bercuti Ke Paris Dengan Anak, Shakilla Khoriri Pesan Jangan Bawa Stroller Kerana....
Pelakon Shakilla Khoriri serta suami, Fizi Ali dan anak mereka Ameena Sofia kini sedang bercuti di Paris.
Shakilla sempat berpesan melalui pengalaman membawa anak kecilnya itu supaya ibu bapa tidak perlu membawa stroller bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan bayi.
Sebaliknya bagi bayi berusia bawa setahun seperti anaknya, Shakilla pesan untuk membawa ‘carrier’ sahaja untuk lebih menyenangkan.
“Satu benda aku nak share kalau kau bercuti bawa baby ni , tak payah nak berstroller sangat sebab kau dengan partner akan susah sebab baby akan tak selesa dalam stroller.
“Bila kau dakap macam ni memang penat. Penat sangat ! Tapi kau tak ada buang masa nak hadap anak kau buat perangai sebab dia tidur je.
“Satu sebab dengan mak dia , satu lagi sebab sejuk.Aku mula-mula pun macam nak beli atau rent stroller tapi tengok keadaan Ameena macam tak je kot dan keadaan kawasan tempat ni macam terlalu ramai orang berpusu-pusu dan macam-macam perangai dan jenis manusia kat sini so we decided untuk stop cari stroller and pakai carrier.
”Kau bawa je lah carrier yang tak berat dan complicated. Tapi untuk baby yang dah berjalan aku tak tahu nak share lah,” tulisnya.
Shakilla berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Namun Shakilla menasihatkan supaya berehat selepas beberapa jam membawa bayi berjalan.
“Selepas dua tiga jam keluarkan lah baby bagi dia lurus badan! Tukar lampin dan bagi makan dan main. Lepas tu dah penat insyallah dia tidur balik.
“Jadi kena bincang dan ada jadual baby siap-siap supaya kau nak berjalan atau nak shopping pun tak stress,” tambahnya lagi.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024