Viral

Benci Anak Ikut Wajah Bekas Suami, Wanita Biarkan Kelaparan Sampai Mati

Maliah Surip
26/01/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Benci Anak Ikut Wajah Bekas Suami, Wanita Biarkan Kelaparan Sampai Mati
Seorang wanita Perancis sanggup mendera dan membiarkan anak gadisnya yang berusia 13 tahun kelaparan sehingga mati hanya kerana dia mewarisi wajah bekas suami.

BERITA TRENDING: Askar Hilang 19 Hari Ditemui Selamat, Lemah Akibat Kelaparan Dan Dehidrasi

Sandrine Pissarra bagaimanapun telah menerima akibat daripada jenayah yang dilakukan apabila ditangkap dan dipenjara minimum 20 tahun, lapor akhbar Metro.

BERITA TRENDING: Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!

Menurut fakta kes, mangsa, Amandine ditemui mati pada Ogos 2020. Waktu ditemui berat badan remaja itu hanya 28 kilogram. Wajahnya juga cengkung dan telah kehilangan beberapa batang gigi selain mempunyai banyak kecederaan pada tubuh badan.
Mangsa telah dikurung dalam bilik simpanan dan tidak diberi makan selama beberapa minggu.
Pada hari kematiannya, Pissarra, 54, mendakwa anak gadisnya mempunyai masalah pemakanan dan telah memuntahkan makanan yang diambil iaitu sedikit buah dan air protein.
Ibu kepada lapan anak ini bagaimanapun selepas itu mengaku mendera anaknya kerana memiliki wajah seperti bapa atau bekas suaminya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024