Berita

Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

Awani
18/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Bangunan Perbendaharaan bersama-sama dokumen yang paling dinanti-nanti hari ini, iaitu dokumen Belanjawan 2025 Malaysia MADANI untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

PM Anwar dilihat menggayakan sepasang baju Melayu satin berwarna kelabu cair, namun yang paling menarik perhatian ialah beg fail berwarna hitam, dan bermotifkan tenunan kerawang emas digunakan untuk membawa dokumen tersebut.

Turut dilihat mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) kerja seni tenunan songket beg fail dokumen Belanjawan 2025 itu dihasilkan oleh pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan, manakala beg direka oleh Chew Kai Hung dari Pulau Pinang.

"Tenunan songket membawa nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung dan ia bersesuaian dengan peri pentingnya dokumen Belanjawan 2025 ini. Selain mengangkat martabat si pemakainya, ia melambangkan kedudukan tinggi si pemakainya.

"Selain tenunan songket di bahagian luar, beg ini turut menerapkan kombinasi saree bagi lapisan dalam," menurut MOF lagi.

Ini merupakan Belanjawan kali ketiga yang akan beliau bentangkan selaku Menteri Kewangan.

Dalam catatan di laman media sosialnya, Perdana Menteri berkata, Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pastinya akan memberi manfaat buat rakyat terbanyak selain memperkukuh ekonomi dan pembangunan negara, Insya-Allah.

Sumber: Astro Awani

BERITA TRENDING: Alice Chang Buat Hal, Kali Ini Dipecat Lagi! Netizen Geram – “Senang Betul Dia Dapat Kerja, Lagi Mudah Berbanding…”

BERITA TRENDING: Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

BERITA TRENDING: Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

BERITA TRENDING: Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar