Laman Utama

Bekas Tunang Mengaku Masih Sayang, Zarina Anjoulie Tersipu Malu Bila Tahu

Shahrin Zulkifle
15/02/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
Bekas Tunang Mengaku Masih Sayang, Zarina Anjoulie Tersipu Malu Bila Tahu

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey sering menjadi bualan dan mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, tular sepotong video yang memperlihatkan Khazrul membuat pendedahan dengan menyatakan dirinya masih sayang kepada bekas tunangnya itu.

“Dia kata dia sayang saya, saya lagi sayang dia. Maut maut saya sayang dia, sampai botak kepala saya,” kongsinya.

Difahamkan video tersebut dimuat naik Khazrul di TikTok Stories sebelum dirakam dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial tersebutl.

@imyoursbestie WAHAI NETIJENNN!! HAPPY TAK DENGAR DATO NI CAKAP APE? ?? KITA DOA YG BAIK2 OKEYY.. JODOH KUAT DORG NI… INSHAALLAH ?❤️ #puteranordanish #anju #zarinaanjoulie ♬ original sound - Kedai online daling - HELO BESTIE

Sementara itu menerusi satu lagi video, Khazrul turut memaklumkan dia akan berjumpa dengan pihak keluarga Zarina dalam masa terdekat bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku antara mereka.

“Insyallah pada 17 Feb ini saya berjumpa daddy (ayah Zarina) dan berbincang dengan dia. Doakan yang baik-baik untuk kami,” tambahnya.

Apa yang menariknya, video pendedahan sayang Khazrul itu telah mendapat perhatian aktres berkenaan.

Menerusi perkongsian yang dimuat seorang individu yang dipercayai pembantu Zarina iaitu Yaya Chan, dia sempat merakam reaksi aktres tersebut yang dilihat tersenyum malu ketika menonton semula video luahan Khazrul tersebut.

“Janganlah buat kantoi,” respon Zarina sambil tersenyum selepas mengetahui Yaya merakam dirinya.

@yayachan312 Knowing u, just be u. #anju #zarinaanjoulie @Zarina anjoulie ♬ bunyi asal - musik random
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024