Laman Utama

“Bayangkan Guna Benda Sama Potong Murtabak” - Papan Pemotong Antara Penyebab Keracunan Makanan

Mya Amri
20/06/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
“Bayangkan Guna Benda Sama Potong Murtabak” - Papan Pemotong Antara Penyebab Keracunan Makanan
Mungkin ramai yang mengambil mudah tentang perkara ini namun pernah tak anda melihat keadaan papan pemotong yang ada di rumah?
Kadang-kadang tidak sedar akan kepentingan atau kebaikan mempunyai lebih dari satu papan pemotong.
Sebenarnya papan pemotong juga adalah merupakan salah satu punca keracunan yang boleh menyebabkan anda sakit perut dan cirit-birit.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, daging dan ayam mentah yang dipotong boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter.
“Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
“Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
“Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah,” kongsi Facebook berkenaan.
Oleh itu, amatlah disarankan mengutamakan kebersihan selain mempunyai lebih daripada satu papan pemotong untuk kegunaan yang berbeza.
Berikut merupakan papan pemotong yang disarankan Public Health Malaysia:
Merah - Untuk daging, ayam mentah
Hijau - Untuk sayur-sayuran.
Biru - Untuk bahan kering lain
Putih - Untuk untuk roti dan kek
Kami harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca Gempak.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024