Hiburan

"Baru Masuk Second Trimester Tapi..." - Isteri PU Abu Kongsi Pengalaman Hamil

Asraf Aided
16/10/2019
09:39 MYT
Sponsor Banner
"Baru Masuk Second Trimester Tapi..." - Isteri PU Abu Kongsi Pengalaman Hamil
Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan kehamilannya kini sudah memasuki trimester kedua.
Perkara itu didedahkan menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.
Menurut Hana, di trimester kedua itu, dia mudah berasa penat dan tidak boleh berjalan lama.
"Baru masuk second trimester tapi dia punya ragam dah macam-macam. Tak boleh jalan lama sikit confirm penat.
"Nasiblah ada yang sudi melayan dan memahami kerenah mak buyung ni," tulisnya sebagai kapsyen.
Julai lalu, Hana telah memberi gambaran seolah memberitahu dirinya sedang hamil.
Namun pada waktu itu, pasangan ini mengambil langkah untuk tidak lagi mendedahkan berita kehamilan itu kepada umum.
Kemudian, Abu tampil berkongsi berita gembira itu pada awal bulan ini menerusi perkongsian di akaun Instagramnya.
BACA : Kasihan PU Abu... Umum Isteri Hamil Pun Kena Kecam! "Tak Malu Ke Pu*ai Abu Ni Tak Habis-Habis Tayang Bahagia"
Kisah rumah tangga Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.
Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024