Nusantara

Baru Keluar Hospital Beberapa Hari, Datuk Hattan: "Den Dah Main Golf Pun"

Maliah Surip
22/10/2020
12:20 MYT
Sponsor Banner
Baru Keluar Hospital Beberapa Hari, Datuk Hattan: "Den Dah Main Golf Pun"
Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Sahabuddin sempat dikejarkan ke hospital beberapa hari lalu kerana mengalami masalah kesihatan yang berpunca dari injap jantung.
Penyanyi legenda itu telah mengalami sakit dada dan tangan kebas, satu keadaan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Saat dihubungi Gempak hari ini, Hattan memberi khabar terkini tentang kesihatannya.
"Ada saluran tersumbat sikit. Kemudian kolestrol tinggi. Alhamdulillah, sudah beberapa hari saya keluar hospital. Sekarang sudah bertambah sihat.
"Den dah pergi main golf pun," katanya ceria menerusi panggilan telefon.
Menurut Hattan, beliau kini dinasihatkan pihak doktor untuk mengawal pemakanan dan mengambil menu seimbang.
Ditanya apa menu yang dihidangkan isterinya, Datin Arianie sejak beliau harus mengawal pemakanan, sambil berseloroh Hattan mengatakan sudah menjadi 'orang putih'.
"Den jadi orang putih dah ni. Makan sayur banyak. Kawal makanan berminyak," katanya lagi.
Malah Hattan beberapa kali mengatakan kondisi kesihatannya berada pada tahap yang baik dan meminta agar semua pihak tidak terlalu bimbang.
"Doakan saya sihat dan kita sama sama jaga kesihatan juga," katanya yang memberitahu akan kembali bertemu doktor untuk mengetahui tentang perkembangan kesihatannya tiga bulan lagi.
Sementara itu berbicara mengenai perkembangan terbaharu kariernya, Hattan teruja apabila kolaborasinya dengan anak bujang, Adam Eiman yang menggunakan nama pentas Adam E menerusi lagu Perlukan Aku mendapat perhatian.
"Lagu ini Adam tulis dan dia cipta dengan seorang penyanyi hip hop, Senna. Saya ikutkan saja, dia minat.
"Saya pun happy, Adam bukan sahaja menyanyi tetapi dia banyak compose lagu, antaranya untuk YonnyBoii, katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar