Laman Utama

“Banyak Nak Cerita Tentang Kehidupan Sebagai ‘Orang Kerja’ Di Blok Ehsan, Semoga Suatu Hari Nanti Akan Dapat Saya Ceritakan…” – Isma Halil Hamzah

Fiza Kamarudin
16/12/2021
11:15 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Nak Cerita Tentang Kehidupan Sebagai ‘Orang Kerja’ Di Blok Ehsan, Semoga Suatu Hari Nanti Akan Dapat Saya Ceritakan…” – Isma Halil Hamzah
Penyampai radio Isma Halil Hamzah berharap agar suatu hari nanti dia dapat berkongsi tentang pengalamannya sepanjang berada di Blok Ehsan, Penjara Sungai Buloh.
Isma Halil menerusi sepucuk surat kepada peguamnya Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain di Facebook berkata, dua juga telah mempelajari banyak perkara sepanjang berada di sana.
“Kehidupan di sini banyak saya belajar beribu kisah, kes-kes dan kehidpan penjara. Saya ambil dari sudut positif.
[[BACA: Penyampai Radio Dicekup Memiliki 447gram Ganja...]]
[[BACA: Peguam Sahkan Isma Halil Hamzah Direman...]]
“Semuanya saya himpunkan dan suatu hari nanti dengan izin Allah saya akan ceritakan dan keudarakan.
“Banyak nak saya cerita kehidupan saya sebagai ‘Orang Kerja’ di blok Ehsan, semoga suatu hari nanti akan dapat saya ceritakan diudara seperti waktu-waktu dulu,” katanya.
Dalam pada itu Isma turut mengakui dia menulis surat itu untuk beritahu peminat tentang kehilangannya.
"Kenyataan itu dikeluarkan untuk beritahu peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang.
"Saya jelaskan yang saya sebenarnya berada di Penjara Sungai Buloh dan dalam keadaan sihat," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Dalam perkembangan kesnya, Mahkamah Majistret menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes Isma Halil yang berdepan dengan pertuduhan mengedar dadah pada 27 Ogos lalu.
Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh itu selepas mendapati laporan kimia masih belum dapat disediakan oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Foto: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024