Laman Utama
Bantu Latif Romly Ketika Cedera Terjatuh, Atlet Greece Ini Terima Pujian Wargamaya - “Nilai Sportsmanship Yang Sangat Tinggi!”
Selepas mempamerkan nilai kesukanan dan persahabatan yang tinggi terhadap jaguh lompat jauh para negara Abdul Latif Romly, atlet daripada Greece, Athanasios Prodromou menerima pujian daripada wargamaya Malaysia.
Tindakan Athanasios yang hadir paling awal bagi memeriksa keadaan Latif setelah dia terjatuh pada lompatan kelima cukup mengharukan dan tular di laman sosial Twitter.
Bukan itu sahaja, selepas Latif dalam keadaan kesakitan diusung duduk di atas kerusi roda, Athanasios sempat membersihkan rambut dan badan pemenang pingat emas itu daripada pasir-pasir yang melekat.Inilah atlet Greece yang lari membantu Latif tadi masa Latif Injured! Terima kasih Prodromou! #DemiMalaysia pic.twitter.com/OuugvDhwZK— Dy ?? (@ANDYSAHLAM) September 4, 2021
Di laman sosial yang sama, ramai wargamaya memberikan penghormatan pada Athanasios di atas pertolongan yang diberikan.RESPECT !!! Atlet Lompat jauh Athanasios Prodromou dari Greece dilihat membantu Latif Romly yang dalam kesakitan #RESPECT #sportsmanship pic.twitter.com/qkR0SK30sI— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2021
Pada mereka, atlet-atlet kurang upaya ini menunjukkan nilai kesukanan yang luar biasa.
“Nilai Sportsmanship yang sangat tinggi dari Atlet Greece ke atas Latif.. Sukan bukan saja soal siapa menang tapi nilai kemanusiaan,” komen pengacara Hafizal Hamad.
“Harapnya Bawang Army Malaysia bombard social media account Atlet Greece ni but with flowers and thank you,” ujar seorang wargamaya.
“Atlet Greece tu baik ya. Dia terus lari dekat Latif Romly. Walaupun dia pencabar kuat but itu lah semangat kesukanan yang baik,” puji seorang wargamaya.
“Terharu dengan atlet Greece tadi tu...respon dia kejar latiff tu mengalahkan pegawai di situ...pastu dia stay sampai latif kena duduk kerusi roda...siap tolong bersihkan pasir atas rambut latif lagi,” luah seorang wargamaya.
“Atlet Greece is so sweet. He give his hand to helped Latif from his injured. Congratulation Latif Romly pingat emas,” kata seorang wargamaya.
“Tabik spring diberikan atlet Greece, Athanasios Prodromou yang cepat-cepat berlari ke arah Latif ketika dia injured tadi.Athanasios berjaya meraih pingat perak. Syabas!!! Anda tetap hebat!!!!” tulis seorang wargamaya lagi.
Pada petang Sabtu, Latif menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen negara dalam acara lompat jauh (T20) apabila mencatatkan catatan terbaik 7.45 meter (m) di Stadium Olimpik Tokyo.
Pingat perak pula menjadi milik Athanasios dengan catatan terbaik 7.17m. Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m.
Must-Watch Video