Banjir: “Ingat Kami Kaya Rumah & Kereta Rosak Beli Baru?” - Netizen Rayu Tindakan Segera, Semua Wajib WFH Lagi Bagus!
Bencana banjir di beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk Kuala Lumpur petang semalam ternyata mengejutkan ramai pihak.
Ini kerana banjir kilat yang bermula sekitar jam 2 petang itu menyebabkan
ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut tenggelam.
Difahamkan juga, lebih 50 rumah dikesan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan di sekitar Selangor.
Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, kebanyakan netizen sebenarnya agak kecewa apabila saban hari tiada sebarang penambahbaikan dibuat.
Malah, apabila banyak syarikat yang kembali beroperasi di saat kes Covid-19 kian memuncak, ramai juga yang meminta supaya budaya kerja dari rumah atau ‘work from home’ (WFH) diwajibkan.
“Masa ni janganlah datang ofis, bukan sebab Covid sangat, banjir pun ye”
“Sikit-sikit banjir lepas tu jawapan b**oh kasi, apa yang korang buat untuk elak banjir?”.
“Tak kesian ke ramai rumah musnah, kereta musnah, ingat kami orang kaya ke,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, tular juga satu video memaparkan saluran air tersumbat apabila dipenuhi dengan longgokan sampah.
“Dah boleh stop perangai buang sampah merata kot. Tak laratlah banjir 3 bulan sekali,” tulis seorang individu di Twitter.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
Pasca banjir di USJ 1. Dah boleh stop perangai buang sampah merata kot. Tak laratlah banjir 3 bulan sekali. pic.twitter.com/cG5jmvgecq— CuciMalaysia (@CuciMalaysia) March 8, 2022
Untuk rekod, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook semalam, memaklumkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai ditenggelami banjir.
Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Kesas pula menyebabkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.
Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART membabitkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.