Laman Utama

Bakal Menerima Bintang Di Hollywood Walk Of Fame, Ini Maklum Balas Netizen: “Dia Belum Pernah Dapat?”

Izwan Isa
29/06/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Bakal Menerima Bintang Di Hollywood Walk Of Fame, Ini Maklum Balas Netizen: “Dia Belum Pernah Dapat?”
Pelakon dan pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama yang bakal menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi kelas 2024.
Berita tersebut diumumkan di laman web rasmi Walk of Fame pada 26 Jun (waktu California).
BACA: Sanggup Berhujan Tunggu Lebih 2 Jam, Ribuan Peminat Sambut 'The One Only' Michelle Yeoh!
Kumpulan profesional hiburan baharu yang bakal menerima bintang mereka telah dipilih antara ratusan pencalonan ke jawatankuasa Walk of Fame dan telah disahkan oleh Lembaga Pengarah Hollywood Chamber.
"Jawatankuasa Pemilihan, yang dianggotai oleh rakan-rakan Walk of Famers, memilih sendiri kumpulan penerima penghargaan setiap tahun yang mewakili pelbagai genre dunia hiburan," kata Pengerusi Panel Pemilihan Walk of Fame Ellen K.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, ramai yang bersetuju dengan pengiktirafan tersebut. Ada juga yang mendakwa pemberian bintang tersebut sepatutnya berlaku lebih awal.
“Dia belum pernah dapat?”
“Long overdue”
“Dia sepatutnya dapat jalannya sendiri”
Michelle Yeoh menerima bintangnya di bawah kategori Motion Pictures bersama Gal Gadot, Chris Pine, Christina Ricci, Chris Melendari, Maggie Gyllenhaal, Kevin Feige, dan mendiang Chadwick Boseman.
BACA: Menang Oscar, Tinggal Di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh Tetap Malaysian! - “Kami Hidup Saling Mencintai Semua Budaya”
Terdahulu pada Mac, pelakon asal Ipoh, Perak yang berusia 60 tahun itu dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 untuk persembahannya dalam Everything Everywhere All At Once.
Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan pertama rakyat Malaysia dan pelakon dari Asia memenangi kategori berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024