Hiburan

Bakal Beri Persembahan Level ‘Champion Material', Sabhi Sadhi Mahu ONE Juara GV2019!

Hanafis Haris
17/12/2019
11:26 MYT
Sponsor Banner
Bakal Beri Persembahan Level ‘Champion Material', Sabhi Sadhi Mahu ONE Juara GV2019!
Menjadi satu-satunya kumpulan yang layak ke final sepanjang sejarah program Gegar Vaganza (GV), anggota One Nation Emcees (ONE), Sabhi Sadhi mahu kumpulan itu bergelar juara.
Menurut Sabhi, dia akan bertarung habis-habisan kerana secara jujurnya dia mahu meraih gelaran juara GV2019.
"Saya nak One Nation Emcees bergelar juara, jadi kami akan fight sehingga ke akhirnya.
"Tapi kami tidak akan pandang finalis lain sebelah mata. Keenam-enam finalis mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.
“Apa yang kami dapat janjikan ialah kami akan cuba berikan persembahan yang bertanda aras ‘champion material’ pada malam final itu nanti,” katanya.
Sementara itu, Mimi pula berharap kejayaan ONE melayakkan diri ke final bakal memberi semangat kepada artis berkumpulan lain untuk menyertai GV.
“Kami tidak sangka akan berjaya masuk ke final dan diharapkan dengan kemaraan kami ini akan dapat beri semangat kepada artis berkumpulan lain untuk sertai GV selepas ini," katanya.
ONE yang dianggotai Mimi, Sabhi dan dua rapper, Jojo dan Kazoe mendapat markah ketiga tertinggi di belakang Hady Mirza dan Naqiu menerusi persembahan lagu Seribu Tahun (nyanyian asal Imran Ajmain) dan lagu duet Drama (Drama Band) yang didendangkan bersama artis jemputan, Lan Solo.
Selain ONE, lima lagi finalis yang akan bersaing merebut gelaran juara GV 6 ialah Hady Mirza, Naqiu, Jatt Ali, Nurfatima dan Sham Visa.
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu separuh akhir GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024