Hiburan

Baju Nikah Seksi, Nita Hamzah Tunjuk Close Up Baju Rekaan Calvin Thoo

Amri Hassan
01/05/2018
05:07 MYT
Sponsor Banner
Baju Nikah Seksi, Nita Hamzah Tunjuk Close Up Baju Rekaan Calvin Thoo
Kecoh di media sosial usai majlis pernikahan bintang Malaysian Idol 2, Nita Hamzah apabila busana yang dipakainya terlalu seksi hingga menampakkan lurah dada.
Kecaman tidak berasas netizen itu menyebabkan Nita bertindak memuat naik beberapa keping foto close up baju hasil pereka fesyen popular Calvin Thoo itu.
"Beautiful dress from Calvin Thoo. Think before you say anything," tulis Nita di Instagramnya semalam.
Terbukti bahawa baju rekaan Calvin itu dibuat berlapik kain jenis lembut yang mirip warna kulit pemakainya.
Nita didakwa netizen memakai baju yang terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.
Penyanyi itu juga memuat naik entri daripada sebuah blog yang menyifatkan tindakan Nita menyarung busana berkenaan memalukan.
Bagaimanapun, Nita menerusi kenyataan kepada sebuah portal online memberitahu baju yang berbelah di bahagian tengah dada itu berlapik dan menyamai warna kulitnya.
Apapun, jom layan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan Nita dan pasangannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari pada Ahad lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @nitahamzah
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024