Hiburan

Bahagia Melihat Nina Bersama Suami Baharu, Dafi Titip Pesanan Buat Abang Ipar - “Jaga Baik-Baik…”

Asyraf Roslan
28/11/2024
06:37 MYT
Sponsor Banner
Bahagia Melihat Nina Bersama Suami Baharu, Dafi Titip Pesanan Buat Abang Ipar - “Jaga Baik-Baik…”
Penyanyi, Dafi menzahirkan ucapan tahniah kepada kakaknya, Nina Ismail Sabri yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dafi menyatakan rasa gembira dapat melihat kakaknya itu bahagia disamping pasangan pilihannya.
“Selamat pengantin baru Nina Ismail Sabri & Hafiz Osman.
“Kakak,you looked gorgeous. Melihat kamu bahagia membuatkan saya gembira dan saya hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.
“Saya berdoa semoga semua perkara baik datang dalam hidup kamu. Saya sayang kamu,” kata Dafi.
Dafi atau nama sebenarnya Gaddafi Ismail Sabri, 36, juga sempat menitipkan pesanan dan ucapan selamat datang ke keluarga besarnya.
“Untuk abang ipar baru saya, selamat datang ke keluarga kami, bersedia untuk perjalanan yang penuh keceriaan dan keseronokan.
“Jaga baik-baik satu-satunya kakak kami dan Jeanelle Nika Mandagie,” ujarnya.
Terdahulu, Nina Ismail Sabri telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman dengan sekali lafaz pada Ahad.
Sebelum ini Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkahwin dengan Jovian pada 11 Disember 2013 dan bercerai pada Ogos 2022.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024