Laman Utama

“Bagaimana Perasaan Anak Kami…”- Suami Dituduh Scammer, Vicha Sedih Dengan Persepsi Terhadap Orang Berkulit...

Syafiqah Jalal
09/03/2022
01:48 MYT
Sponsor Banner
“Bagaimana Perasaan Anak Kami…”- Suami Dituduh Scammer, Vicha Sedih Dengan Persepsi Terhadap Orang Berkulit...
Pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha Saywho akui sedih apabila menerima persepsi yang kurang enak dari orang sekeliling terhadap suaminya yang merupakan warganegara Nigeria.
Kata Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, selepas memperkenalkan suaminya dikenali sebagai Johnson kepada umum suaminya dituduh penjenayah atau scammer.
“Saya sedih bila banyak komen-komen netizen kata ala suami dia tu mesti scammer dan sebagainya, sedangkan keluarga suami saya itu semuanya bekerja sebagai polis.
“Selain keluarga dia di sana bagaimana pula dengan perasaan anak kami bila dah besar nanti pasti akan sedih bila terlihat di internet mengenai bapanya didakwa scammer atau pengedar dadah oleh netizen.
“Komen-komen yang saya terima itu sangat sakit hanya Tuhan sahaja tahu macam mana kami lalui dugaan berat ini,” katanya sambil mengalirkan air mata kepada Gempak.
Pelakon yang pernah membintangi 10 Tips Tipu Bini itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta kepada produk Jols Luxe Fabrics.
Vicha mengulas mengenai perkara tersebut selepas terkilan dengan penulisan blogger yang mendakwa dia menolak cinta lelaki Melayu menyebabkannya menerima pelbagai komen negatif dan kecaman.
Hasil perkahwinannya dengan lelaki berkulit hitam selama hampir 4 tahun itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.
Menerima pelbagai pandangan buruk dari masyarakat menyebabkan Vicha sebelum ini merahsiakan perkahwinannya selama tiga tahun.
“Takut dengan persepsi negatif orang juga adalah salah satu sebab mengapa saya tidak terbuka berkongsi mengenai suami saya.
“Saya tak tahu kenapa saya rasa seolah-olah orang di sini kurang menerima orang seperti dia tapi kalau di Indonesia ia sama macam orang Malaysia lihat mat salih sahaja. Jadi penerimaan itu berbeza.
“Bayangkan sampai saya pernah ditanya sama ada tidak takut jika nanti saya dijadikan keldai dadah. Saya bukan orang yang bodoh sampai nak terjerumus ke dalam kencah najis itu,” luahnya lagi.
Pun begitu Vicha berharap dengan pendedahan yang dibuat itu menutup segala spekulasi sekali gus mengelak daripada difitnah.
Sekadar info, Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024