Laman Utama

“Bacaan Oksigen & Darah Tinggi Normal, Cuma Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas” – Maria Tunku Sabri

Fiza Kamarudin
26/10/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
“Bacaan Oksigen & Darah Tinggi Normal, Cuma Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas” – Maria Tunku Sabri
Pengacara Maria tunku Sabri yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), memberitahu tentang perkembangan kesihatannya.
Maria yang sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang berkata, paras oksigen dan bacaan darah tinggi adalah normal tetapi ada jangkitan kuman dalam darah.
“Bacaan oxygen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” katanya.
Dalam pada itu Maria turut memohon maaf kerana tidak memuat naik hantaran sepanjang berada di MAEPS kerana mahu berehat kerana terlalu penat dan keletihan.
Bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu juga sempat memohon maaf kepada semua sekiranya ada melakukan kesalahan dan berharap agar dapat bertemu lagi selepas ini.
“Maafkan saya tiada posting khabar berita dari saya didalam MAEPS sebab saya nak rehat dan pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman. Luaran badan nampak susut…Apa nak buat sakitkan.
“Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan.
"Saya telah memaafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi,” katanya.
Video dikongsi Maria itu telah mendapat hampir 90,000 tontotan dan 1,500 komen yang terdiri daripada kata-kata semangat daripada rakan-rakan industri serta pengikut di laman sosial tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024