Hiburan

"Azil Ngamuk Ajak Keluar ..." - Netizen Sebak Lihat Anak Zarina Zainuddin

Zulaikha Yusof
03/01/2019
05:47 MYT
Sponsor Banner
"Azil Ngamuk Ajak Keluar ..." - Netizen Sebak Lihat Anak Zarina Zainuddin
Pelakon Zarina Zainuddin memuat naik sebuah video di Instagram yang menunjukkan salah seorang anak kembarnya yang bernama Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali dengan Azil sedang mengamuk serta menangis kerana ingin keluar bersiar-siar.
Namun begitu, Zarina tidak dapat memenuhi permintaan Azil memandangkan ketika itu sudah waktu malam.
"Azil ngamuk ajak keluar. Dah malam ni... Ibu tak nak keluar."
"Azil cuba lepaskan perasaan... Nak cakap tak boleh bahasa jiwa yang ada."
"Ceritanya begini, tadi dia dah pakai pijamasnya. Lepas tu Azal ajak makan dekat bawah lepas makan naik atas terus mandi lagi habis mandi tukar baju terus ngamuk ajak keluar," tulis Zarina.
Zarina dengan nada suara lembut bertanyakan destinasi yang ingin dituju anaknya.
Rata-rata pengikut IG Zarina sedih kerana kasihan melihat seorang anak autisme yang ingin menyampaikan keinginannya.
Selain itu, ramai juga yang memuji kesabaran Zarina melayan anaknya serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Selain Azil, Zarina turut mempunyai seorang anak kembar autisme bernama Muhammad Raizal Azrai Azal.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024