Berita

Azhan Rani Kesal Cara Kasar Anggota PBT Layan Penjaja

ZULHILMI JALIL
15/07/2020
09:23 MYT
Sponsor Banner
Azhan Rani Kesal Cara Kasar Anggota PBT Layan Penjaja
Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah hilang pertimbangan nilai kemanusiaan ketika menjalankan tugas.
Menurut Azhan, kuasa yang mereka ada dalam melaksanakan undang-undang sepatutnya digunakan dengan cara lebih berhemah, terutamanya ketika berdepan dengan masalah masyarakat setempat.
"Undang-undang itu indah jika menjadikan manusia lebih manusia. Patutnya begitulah. Aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di Facebook.
"Tak pasti apa kisah sebenarnya. Mungkin sahaja video lama atau baru, tapi yang buat aku terkesan apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang-undang ini.
"Apakah undang-undang menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Azhan turut memuat naik rakaman video yang menyentuh hatinya itu selepas melihat cara layanan kasar beberapa anggota PBT terhadap seorang penjaja.
aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di fb. tak pasti apa kisah sebenarnya. mungkin sahaja video lama atau baru. tapi yang buat aku terkesan apakah melaksanakan undang2 memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang2 ini. apakah undang2 menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia.? aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia. namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang2 dia. kenapa sanggup dia jadi begitu. kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi. undang2 adalah kedaulatan yang harus dipertahankan, harus dihormati namun perlaksanaanya indah kalau menyantuni. asas untuk dihormati adalah menghormati. manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji. mungkin mana2 PBT boleh memperhalusi cara menangani hal2 seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati. kita di malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. kita bukan negara bergolak seperti rakyat palestine dan tentera israel. tulisan ini sekadar pendapat untuk malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir2kan?
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Menurut Azhan, apa jua cerita di sebalik video itu, dia yakin situasi itu boleh dikawal dengan baik sekiranya diuruskan dengan cara yang lebih berhemah.
"Aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. Mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia.
"Namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang-barang dia. Kenapa sanggup dia jadi begitu. Kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi," katanya.
Justeru, katanya, dia meminta agar mana-mana pihak berkuasa untuk memperhalusi cara mereka melaksanakan undang-undang tanpa mengenepikan nilai kemanusiaan.
"Undang-undang adalah kedaulatan yang harus dipertahankan, harus dihormati namun perlaksanaanya indah kalau menyantuni.
"Asas untuk dihormati adalah menghormati, manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji.
"Mungkin mana-mana PBT boleh memperhalusi cara menangani hal-hal seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati.
"Kita di Malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. Kita bukan negara bergolak seperti rakyat Palestin dan tentera Israel," katanya.
Saksikan drama lakonan Azhan Rani di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024