Laman Utama

"Ayam Saya Tak Jual, Tapi Saya Makan" - Pelawak Wann Wala Pula Kena Petik Netizen Isu 'Bapa Ayam'

Amri Hassan
05/08/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Ayam Saya Tak Jual, Tapi Saya Makan" - Pelawak Wann Wala Pula Kena Petik Netizen Isu 'Bapa Ayam'
Laporan berita mengenai pelawak lelaki yang terkait dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks terus menjadi bualan netizen.
Teka-teki yang belum terjawab itu mendorong netizen memetik beberapa nama antaranya Tauke dan Shahrol Shiro. Namun hal terbabit telah dinafikan mereka.
BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan" - Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia
BACA: "Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya" - Shahrol Shiro Nafi Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia
Terbaharu, nama pelawak berbadan sasa, Wann Wala pula menjadi sasaran netizen.
Demi membersihkan namanya, jelas Wann, 38, menerusi hantaran di Instagram Stories pada Rabu memaklumkan dia kini berada di Sabah dan sibuk dengan urusannya.
"Alhamdulillah kepada yang bercakap benda ni. Media kalau tak boleh nak beritahu cerita sebenar, janganlah buat isu yang boleh timbulkan fitnah okey.
"Saya sibuk cari rezeki di Sabah dan bantu saudara yang memerlukan. Ayam memang saya tak jual, tapi saya makan. Jangan sampai merangkak nanti di Padang Mahsyar. Lebih baik jernihkan keadaan," tulisnya.
Juara Raja Lawak musim ketujuh itu turut memuat naik tangkap layar beberapa komen pengguna media sosial Facebook yang merujuk kepada dirinya.
Tulis pengguna berkenaan; "Kumpulan Wallah (Wala) lah. Orang Sabah yang badan sado tu. Buat malu je, tak pasal-pasal Tauke kena."
Media pada Selasa melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan polis pada pagi Ahad kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan haram itu.
BACA: "Turut Dirampas Bungkusan Kondom" - Pelawak 40-an Ditahan Atas Kes Pemerdagangan Manusia
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd. Ghani memaklumkan, pelawak itu ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.
Bagaimanapun, individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis.
BACA: "Kami Dah Bagi Jamin" - Pelawak Didakwa Bapa Ayam Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Kredit: IG Wann Wala
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024