Laman Utama

Avaa Vanja Sah Bercerai Talak Satu – “Siapa Yang Tak Ingin Bahagia Ke Hujung Usia…”

Fiza Kamarudin
08/02/2022
09:44 MYT
Sponsor Banner
Avaa Vanja Sah Bercerai Talak Satu – “Siapa Yang Tak Ingin Bahagia Ke Hujung Usia…”
Pelakon Avaa Vanja, 42 sah bercerai talak dengan pemuzik, Aamil Sulaiman, 36, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin
Avaa yang menfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember tahun lalu berkata tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas suami, sebaliknya berharap masing-masing meneruskan kehidupan dengan tenang.
Katanya, selepas lebih lima bulan melalui konflik hingga tidak tinggal sebumbung, perceraian menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.
“Saya lega kerana akhirnya kami dapat mencari jalan penyelesaian terhadap krisis rumahtangga kami hari ini menerusi persetujuan bersama dan dilakukan secara damai.
“Selepas hampir dua bulan turun naik mahkamah, hari ini saya sah diceraikan talak satu. Walaupun lega, jauh di sudut hati tentu saja saya sedih kerana kami pernah melalui kehidupan bersama 10 tahun.
“Siapa yang tak ingin bahagia ke hujung usia? Namun kita tak mampu menolak aturan Allah. Jodoh, ajal dan maut ketentuan-Nya. Ada pasangan lebih baik hanya menjadi sahabat berbanding memaksa diri meneruskan ikatan.
“Saya mahu ‘move on’, teruskan kehidupan membesarkan anak. Walau apa pun yang berlaku antara kami, saya ikhlas memaafkannya, begitu juga harapan saya padanya. Tiada dendam,” katanya.
[[BACA: Avaa Vanja Tuntut Cerai Dengan Suami]]
Buat masa ini hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10, diberikan kepadanya.
[[BACA: Avaa Vanja Mohon Hak Penjagaan Penuh, Failkan Injuksi Halang Suami Bawa Anak Ke Amerika Syarikat]]
Terdahulu, pada Oktober lalu pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah itumembuat laporan polis mendakwa dirinya dan anak berdepan penderaan domestik.
Sumber: K! Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024