Hiburan
Atikah Suhaime Buat ‘Gender Reveal’ Dengan Suami - “Harap Dia Kahwin Dengan Anak Raja Sebab ...”
Bakal melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi, video pelakon Datin Atikah Suhaime makan malam bersama suaminya, Datuk Lokman Teh yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian.
Gender reveal
Selain makan malam bersama sempena ulang tahun perkahwinan, Atikah turut membuat ‘gender reveal’ bersama suami yang juga seorang usahawan.
“Makan malam sempena ulang tahun perkahwinan dan gender reveal. Pastikan tunggu sampai habis untuk tahu jantina anak Tika,” kongsinya.
Anak perempuan
Menerusi video tersebut, perbualan antara Atikah dan suaminya menarik perhatian netizen apabila mereka mula mendedahkan jantina bayi mereka dengan gelaran ‘she’ dan ‘my daughter’ yang bermaksud anak perempuan.
“Awak rasa baby kita akan suka warna pink? Awak rasa dia akan suka kalau awak beli semua barang warna pink?” tanya suami Atikah.
Atikah membalas ; “Sudah tentu baby kita akan suka warna pink. Dia akan suka.”
Dalam pada itu, Atikah juga berharap anak perempuannya akan membesar menjadi seorang wanita yang bijak dan berdisiplin selain akan aktif dalam kelas balet.
Bijak & disiplin
“Saya sentiasa nak anak perempuan saya jadi macam a little bit artistic, tapi dalam masa sama sangat bijak dan disiplin. Saya rasa untuk anak perempuan saya, saya nak dorong dia dalam kelas balet,” kongsi Atikah.
Malah Atikah sempat berseloroh dengan berharap puterinya bakal mengahwini seorang anak Raja.
“Harap dia kahwin dengan anak Raja, sebab dia sangat bijak,” seloroh Atikah.
Sementara itu, suaminya pula meletakkan harapan agar anak perempuan mereka menjadi seorang wanita yang berdikari dan mempunyai kerjaya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh Makan Western Sahaja Trimester Pertama…” – Dijangka Bersalin Bulan Mac, Atikah Suhaime Kongsi Journey Kehamilan Anak Sulung
ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan ‘Bibik’, Atikah Suhaime Anggap Isteri Layan Suami & Urus Rumah Tangga Perkara Normal - “Terlalu Banyak Benda Saya Lakukan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Muatnaik Video Nangis Sambil Makan, Atikah Suhaime Buat Netizen Risau - “Dulu Masa Mengandung Emosi…”
“Saya lebih memilih untuk dia jadi seorang wanita yang berdikari, jadi seorang CEO ke kahwin dengan Perdana Menteri Amerika, dia kena jadi seorang wanita yang kuat dan berdikari.
“Dia sangat powerful, ada perniagaan sendiri dan perniagaan saya. Itu yang saya mahukan daripada dia,” katanya.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.
Must-Watch Video