Laman Utama

#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi

Shahrin Zulkifle
31/03/2023
12:30 MYT
Sponsor Banner
#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada bulan ini Muslimin dan Muslimat diwajibkan untuk berpuasa.

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah sunat dan mendalami ilmu agama kerana meyakini bulan Ramadan penuh dengan keistimewaan selain ganjaran pahala berlipat ganda.

Selain melakukan ibadah sunat, mendengar ceramah atau perkongsian mengenai agama juga antara salah satu cara mengumpul pahala dan memperoleh keberkatan Ramadan.

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda lima program dan pengisian yang menarik sepanjang Ramadan yang boleh ditonton menerusi platform Astro Go:

#1. N to N (Nabil to Neelofa)

N to N menampilkan dua personaliti terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Noor Neelofa. Program ini bakal berkongsi kepada masyarakat mengenai kebaikan bulan Ramadan dan pengalaman dua hos tersebut mengenai Islam.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/LwAXm6aAU5dHHzHo7

#2. Rockstar ke Masjid

Bersama barisan rockstar Malaysia yang mengadakan pelbagai aktiviti di beberapa buah masjid terpilih. Program ini akan mengumpulkan dana daripada aktiviti buskin yang dilakukan untuk diserahkan kepada masjid yang memerlukan di sekitar Malaysia.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/9yMgacB1BjtNF7FE7

#3. Geng Ta’alim

Geng Ta’alim merupakan sebuah program yang berunsurkan penyampaian pengajaran melalui perkongsian hadis dalam membangunkan jiwa yang lebih cemerlang.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/EncvNtyevhpk5Ubz5

#4. Kejar Pahala

Kejar Pahala membincangkan perkara-perkara yang mengajak penonton untuk sama-sama mengejar pahala di dunia dan akhirat.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/VgCta9jKVYVEmD2w7

#5. 18 Puasa Di Kampong Pisang

18 Puasa di Kampong Pisang mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.Link: https://astrogo.astro.com.my/link/pkEzBGRgAs5XCZfZ8

Saksikan semua program menarik di atas hanya di Astro Go! Tiada Astro Go? Jangan risau, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.

  • Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my

  • Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini

  • Log masuk Astro Go dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda

  • Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang

  • Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024