Laman Utama

“Assalamualaikum Ayah, Sihat?” – Cantiknya Anak Ustaz Ebit Lew, Ramai Offer Jadi Menantu

Mya Amri
17/05/2021
02:45 MYT
Sponsor Banner
“Assalamualaikum Ayah, Sihat?” – Cantiknya Anak Ustaz Ebit Lew, Ramai Offer Jadi Menantu
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang sangat mendengar kata.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ebit memberitahu anak perempuan sulungnya yang diberi nama Airis Safiyyah, 12, merupakan seorang anak yang baik.
“Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.
“Doakan ye anakku... Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah.
“Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.
“Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku.
“Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama.
“Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya,” coretnya.
Bagaimanapun, foto yang merakamkan Ebit bersama Safiyyah itu mendapat perhatian netizen.
Rata-ratanya terpegun dengan kelembutan dan kecantikan wajah Safiyyah yang tersenyum sewaktu mengambil swafoto bersama bapa kesayangannya.
Tidak kurang juga ada yang mengusik Ebit dengan menawarkan diri untuk menjadi calon menantu.
Paling lucu apabila majoriti ayat-ayat diruangan komen sudah mula menggelarkan Ebit sebagai ayah.
Untuk rekod, hasil perkahwinan hidup bersama isteri tersayang, Ebit dikurniakan empat orang cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024