Hiburan

"Are You Really Give Birth Last Week?" - Netizen Terkejut Dengan Penampilan Vivy Yusof Ketika Berpantang

Zulaikha Yusof
18/10/2018
13:11 MYT
Sponsor Banner
"Are You Really Give Birth Last Week?" - Netizen Terkejut Dengan Penampilan Vivy Yusof Ketika Berpantang
Gara-gara sekeping foto, usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, 30, mendapat perhatian netizen.
Vivy berkongsi dan memuat naik foto berpakaian seperti kebiasaannya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut Vivy seolah tidak percaya dengan penampilan dirinya yang tidak seperti wanita lain yang baru bersalin.
"@suraya_ahmad_nasir: Look super gorgeous!! Pantang baru seminggu kot."
"@kaynajmldn: Did you really give birth a week ago? Seems like ages already."
"@dearsal: Are you really giving birth last week?? Why already slim?"
"@nur8___: Baru pantang berapa hari dah stylish tak nampak macam orang tengah pantang pun."
"@newr1: Baru seminggu pantang pakai heels sudah pakai seluar lagi awesome."
Namun, ada segelintir pengikut menjadi 'mak cik bawang' dan mengkritik Vivy kerana tidak berpantang seperti sepatutnya.
"@puan_nadirah: Aiyoooo tak sakit ke pakai seluar?"
"@emiraarshad: Sekarang memang cantik. Dah makin meningkat tua, baru ada penyesalan tu nanti. Macam-macam sakit datang."
"@watieselamat1960: Boleh bergaya tapi kasut tumit tinggi jangan pakai dulu. Jagalah sikit masa berpantang. Lepas pantang pakailah berapa tinggi nak."
"@syf.delilah: Nenek kita cakap lepas beranak tak boleh pakai seluar."
"@zihakhairul: Vivy tak berpantang ke?
Vivy baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang dinamakan Sarah Ilham Shah pada 10 Oktober lalu.
Vivy dan Fadza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024