Terkini

Aprilia RS660 Memiliki 100hp Bakal Masuk Malaysia hujung tahun ini

Erywan
03/01/2020
02:32 MYT
Sponsor Banner
Aprilia RS660 Memiliki 100hp Bakal Masuk Malaysia hujung tahun ini
Pengedar rasmi motosikal jenama Aprilia di Malaysia, Didi Resources bakal membawa masuk motosikal supersport menerusi model RS660 pada hujung tahun ini.
Jentera itu disifatkan sebagai adik kepada RSV4, sportbike kelas pertengahan itu direka khas untuk generasi baru yang mahukan keseronokan menunggang di jalan raya dan litar.
RS660 menggunakan khidmat enjin parallel-twin dua selinder sebaris yang diasaskan daripada unit 1,100cc V4 yang dipasang pada model Tuono 1100. Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello berkata, Malaysia adalah satu pasaran utama Aprilia di rantau ini.
Menurutnya, jentera yang baharu sahaja dilancarkan di EICMA 2019 di Milan, Itali ternyata membuka lembaran baru buat Aprilia.
“Jentera itu memiliki saiz kompak dan mempunyai enjin yang mampu menjana kuasa mencecah 100hp,” katanya pada majlis memperkenalkan model Aprilia RSV4 X di Kuala Lumpur, semalam. Ia turut dihadiri bekas pelumba MotoGP, Max Biaggi. Kehadirannya adalah untuk menguji jentera Aprilia RSV4 X di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini.
Bagi Aprilia RSV4 X ini pula, ia adalah jentera edisi terhad yang hanya dikeluarkan 10 unit sahaja di seluruh dunia dan sudah habis dijual. Jentera itu hanya dipertontonkan untuk peminat dan pemilik Aprilia di Malaysia dan pertama di Asia. Jentera itu dibina oleh Aprilia Racing untuk menyambut ulang tahun ke-10 selepas pasukan itu memenangi tujuh kali dalam WSBK.
Aprilia RSV4 X yang mempunyai berat kering 165kg dilengkapi dengan banyak komponen gentian karbon dan tangki bahan api lebih ringan. Pada masa sama, ia turut dipadankan komponen material aluminium seperti tuil klac dan brek, penutup enjin, tempat letak kaki serta kepingan memegang hendal, selain hadir kemasan MotoGP Aprilia RS-GP 2019.
Kuasa enjinnya juga ditingkatkan daripada 217 kepada 225hp yang memberi kuasa yang cukup mantap dan mempunyai kotak gear khas iaitu sistem ANN (Aprilia No Neutral). Difahamkan, harga jentera itu mencecah 40,000 Euro (RM183,017) dan hanya boleh ditunggang di litar lumba sahaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024