Laman Utama

"Apa Guna Solat Tapi Tayang Body" - Netizen Hencap Baby Shima Lagi

Amri Hassan
02/08/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
"Apa Guna Solat Tapi Tayang Body" - Netizen Hencap Baby Shima Lagi
Penyanyi Baby Shima kesal dengan tindakan individu yang menulis kritikan berbaur provokasi terhadap imejnya.
Kata Shima, adalah tidak layak untuk seseorang menghakimi individu lain terutama perihal ibadah dan keimanannya.
"Semalam ada post video kat TikTok, lepas tu ada yang tulis 'apa guna solat tapi tayang body?'
"Seakan-akan kau seorang saja yang boleh solat, seakan-akan kau seorang saja yang boleh tentukan sah atau tidak sah solat.
"Disebabkan kau seorang yang berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor," katanya dalam satu hantaran video di Instagramnya.
Dalam video Tik Tok terbabit Shima yang masih bertelekung solat menyahut cabaran bergambar Photo Crop Challenge dan hantaran terbabit mendapat tontonan lebih 272,000 kali.
Ketika cabaran sama semingu lalu, Shima mendapat lebih 7 juta tontonan dan lebih 400,000 tanda likes.
Sementara itu, tambah Shima, teguran individu tersebut dianggap munafik sedangkan akaun terbabit juga sebenarnya mengikuti banyak akaun wanita berpakaian seksi.
"Kau kutuk aku tapi following kau banyak perempuan seksi. Bukan itu namanya munafik? Kalau nak tegur biar bertempat dan cermin diri dulu. Jangan bertopeng malaikat di sebalik perangai syaitan..
"Cukuplah kau judge orang tu kau cuma lihat luaran saja, disebabkan luaran saja kau judge dia macam-macam tapi kau tak tahu niat seseorang tu. Kau takkan tahu, cuma Allah je tahu," tambah Shima.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024