Hiburan

Anna Jobling Teruja Dapat Reka Baju Raya Kucing

Asyikin Mayudin
06/03/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Anna Jobling Teruja Dapat Reka Baju Raya Kucing
Sebagai pencinta kucing, pelakon Anna Jobling melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mencurahkan kreativiti dalam proses rekaan koleksi baju raya untuk haiwan peliharaan itu sempena Aidilfitri.
BERITA TRENDING: #GMWA23: “Saya Anggap Peminat Lebih Daripada Keluarga” - Anna Jobling
Anna berkata dia berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk melibatkan diri secara langsung dalam proses itu yang termasuk pemilihan warna dan fabrik.
"Semua orang tahu saya sangat sayangkan kucing. Saya selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.
"Justeru, saya berbesar hati dalam penghasilan koleksi baju raya kucing tahun ini yang membawa lapan pilihan warna segar dan menarik.
"Kali ini, saya terbabit dalam rekaan baju Melayu, baju kurung dan kebaya yang dihasilkan untuk kucing," katanya kepada Gempak.
Pemenang Gempak Most Wanted 2023 itu ditemui ketika sidang media memperkenalkan koleksi baju raya kucing 2024 keluaran DD Cat di Coo & Riki Lalaport, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mendapat sambutan yang luar biasa pada tahun lalu, Anna memberitahu untuk kali ini koleksi baju raya kucing dihasilkan sebanyak 25,000 helai.
"Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing terjual bukan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
"Didorong sambutan luar biasa, untuk Aidilfitri kelak, saya terbabit dalam proses penghasilan 25,000 helai baju raya kucing," katanya yang dilantik jurucakap jenama pakaian kucing berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024