Berita

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat

ZULHILMI JALIL
24/10/2020
14:25 MYT
Sponsor Banner
Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat
Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah, mangkat hari ini.
Berita duka berkenaan diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi waktu tempatan.
Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar, seperti yang dipetik Astro Awani.
Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula Sabtu.
Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.
Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan.
Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi perkongsian di Instagram Story turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Sultan Brunei.
"Didoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan dipilih oleh-Nya untuk bersama para hamba yang diredai. al-Fatihah," ucapnya.
Kredit foto: Instagram @bruneiroyalfamily, Astro Awani Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024