Berita

Anak Marion Caunter Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama

ZULHILMI JALIL
31/10/2020
09:50 MYT
Sponsor Banner
Anak Marion Caunter Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama
Setiap orang pasti mempunyai cita-cita tersendiri sejak kecil mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
Begitu juga dengan anak personaliti televisyen, Marion Caunter yang mempunyai impian tersendiri apabila besar kelak.
Menurut Marion, anak keduanya, Lana Rose bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri wanita pertama di negara ini.
"Kalau anda bertanyakan kepadanya, apa yang dia ingin jadi apabila besar nanti, dia akan beritahu anda, dia akan menjadi perdana menteri wanita pertama di Malaysia selain memiliki perniagaan kedai telefon, pengedar kereta dan bakeri.
"You go girl! Segala-galanya mampu dicapai, tiada yang mustahil sayangku," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Perkara tersebut dikongsikan Marion bersempena sambutan ulang tahun kelahiran anaknya yang ketujuh yang diraikan hari ini, 31 Oktober.
Menurut Marion lagi, sebagai ibu bapa, dia sentiasa memberikan galakan atas apa yang mahu dicapainya dalam hidup.
"Mommy dan daddy akan sentiasa menyokong apa jua yang awak mahu lakukan dalam hidup. Saya sayang awak sangat. Happy birthday," tulisnya yang turut berkongsi sekeping foto anaknya itu.
Dalam pada itu, mengimbau detik mengandungkan anaknya itu, dedah Marion, Lana sepatutnya lahir pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya iaitu pada 5 November.
"Awak sepatutnya lahir pada ulang tahun kelahiran saya, namun, anda keluar lebih awal beberapa hari. Awak sentiasa buat saya terhibur," katanya.
Marion mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, 37, pada Disember 2010.
Jelitawan yang bakal menginjak usia 40 tahun ini dikurniakan tiga cahaya mata, Leia Rose, 9, Lana Rose, 7, dan Liam Naza Nasarudin, 5.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024