Laman Utama

“Amaran Dari Tuhan” – Rajinikanth Tak Akan Sertai Politik, Ini Petandanya

Mya Amri
30/12/2020
23:35 MYT
Sponsor Banner
“Amaran Dari Tuhan” – Rajinikanth Tak Akan Sertai Politik, Ini Petandanya
Bintang lagenda India, Rajinikanth mengumumkan dia telah batalkan hasrat menyertai dunia politik dalam pemilihan Tamil Nadu yang akan datang.
Pengumuman itu dimaklumankan sendiri oleh Rajinikanth menerusi kenyataan berbentuk coretan di akaun Twitter miliknya semalam.
Menerusi coretan itu, superstar berusia 70 tahun ini menganggap tahap kesihatannya yang kurang memberangsangkan baru-baru ini adalah sebagai petanda dari Tuhan.
“Dengan penuh dukacita ingin memaklumkan saya tidak akan menyertai politik. Hanya saya sendiri tahu keperitan yang saya lalui semasa mengumumkan keputusan ini.
“Saya tahu keputusan ini akan mengecewakan peminat dan orang ramai tetapi maafkan saya.
“Dimasukkan ke hospital adalah umpama mendapat amaran dari Tuhan. Sudah pasti kempen saya akan memberikan kesan terhadap tahap kesihatan saya di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini,” tulisnya. Terdahulu, pemilik nama sebenar Shivaji Rao Gaekwad ini baru sahaja keluar dari hospital selepas dirawat kerana mengalami tekanan darah tinggi.
Malah sekitar Oktober lalu, Rajinikanth juga dinasihatkan doktor supaya tidak berada di kawasan panas dan berhabuk yang boleh menyebabkan tahap kesihatannya merosot selain memudahkannya menjadi sasaran jangkitan COVID-19.
BACA: Rajinikanth Umum Tubuh Parti Sendiri: “Ini Parti Yang Jujur & Bebas Rasuah”
Sekadar info, Rajinikanth pernah mengumumkan akan memperkenalkan memperkenalkan politik yang lebih “jujur dan terbuka” kepada negeri Tamil Nadu pada awal bulan ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar