Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

Firdaus
23/07/2024
07:45 MYT
Sponsor Banner
"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" -  Datuk Red
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyatakan bahawa dirinya gembira apabila diberikan peluang kedua oleh Adira.

"Bila dah tua-tua ni bercinta rasa macam di awan-awangan. Dah berapa bulan saya tunggu pelawaan, dan dia (Adira) buka peluang untuk saya.

"Macam saya nak cari lain memang tak ada dah. Alhamdulillah Adira beri saya peluang. Kalau ikutkan Adira rancang nak rujuk semula pada hujung tahun.
"Saya dah bincang dengan abang sulung dia sebab dia wali, lagipun satu Malaysia dah tahu kedudukan kewangan saya, jadi saya perlu stabilkan dulu perkara itu," katanya ketika dihubungi Gempak.

Tak Mahu Ulangi Kesilapan

Menjelaskan lebih lanjut, Datuk Red memberitahu keluarga Adira sentiasa menyokong perhubungan mereka dan mengakui akan mencuba yang terbaik untuk mengekalkan rumah tangganya selepas ini.
"Keluarga Adira memang selalu menjodohkan saya dengan dia. Lebih-lebih lagi kakak Adira (Emma) memang menggalakkan kami bercinta semula.
"Alhamdulillah atas bantuan dia perkara itu jadi balik. Dah tua-tua ni pun saya tak nak buat kesilapan, sebab saya rasa saya tak boleh ada isteri lebih daripada satu.
"Jadi kali ini saya nak fokus dekat seorang sahaja dan lancarkan kerjaya saya serta selesaikan hutang-hutang saya," jelasnya lagi.

BERITA TRENDING:"Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?

BERITA TRENDING:Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

BERITA TRENDING:Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah, Kekal Hubungan Baik - “Saya Tahu Dia Tidak Sekejam Itu”

BERITA TRENDING:Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan

Imbas kembali, Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dah sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024