Hiburan

Alami Perubahan Susuk Tubuh, Khai Tak Panik!

Asraf Aided
14/07/2020
12:33 MYT
Sponsor Banner
Alami Perubahan Susuk Tubuh, Khai Tak Panik!
Penyanyi dan bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Khai akui susuk tubuhnya mengalami sedikit perubahan ekoran faktor usia.
Menurut Khai, 41, bentuk perutnya kini kelihatan lebih buncit berbanding sebelum ini, namun ia disukai oleh isterinya Rosma.
"Perut cover sikit? Tak apalah tak perlu nak cover sikit saja tu, biasalah umur dah 41 tahun buncit ala-ala manja ni.
"Isteri saya suka katanya, saya pula berangan nak ada 6 pax," kongsi Khai di Instagram.
Walaubagaimanapun, Khai mengatakan berat badannya masih dalam lingkungan ideal.
"Yang penting berat masih ideal 65 kilogram," tambahnya ringkas.
Terdahulu, Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga selepas mengenali antara satu sama lain dalam AF1.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024