Filem

Akui Diri Penakut, Amanda Rawles Cabar Diri Bintangi Filem Seram

Kamaruddin Razal
10/08/2017
08:19 MYT
Sponsor Banner
Akui Diri Penakut, Amanda Rawles Cabar Diri Bintangi Filem Seram
Bintang muda yang sedang meniti populariti di Indonesia, Amanda Rawles mengakui dirinya seorang gadis yang penakut.
Namun begitu, Amanda menyisihkan perasaan tersebut dan menyahut cabaran untuk membintangi filem seram arahan Rizal Mantovani yang berjudul Jailangkung.
"Saya memang seorang yang penakut. Ahli keluarga dan teman rapat tahu akan hakikat itu. Mereka terkejut, mengapa saya menerima tawaran untuk membintangi filem Jailangkung sedangkan saya sendiri tidak gemar perkara-perkara seram dan mistik?
"Saya tanamkan azam dalam diri saya agar mengambil sahaja tawaran untuk berlakon dalam filem seram ini. Bagi saya, jika saya tidak mencuba sekarang, bila lagi?
"Sebagai pelakon, saya harus mengatasi ketakutan yang saya alami. Mujur sepanjang proses penggambaran filem ini, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan," kata Amanda kepada Astro Gempak.
Filem Jailangkung menjadi filem seram pertama lakonan Amanda telah menerima sambutan hangat di Indonesia dan bakal ditayangkan di Malaysia bermula hari ini (10 Ogos 2017).
"Nampaknya, percubaan pertama saya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Saya sendiri sangat gembira apabila filem Jailangkung menerima respon yang sangat baik dan mendapat kunjungan lebih dua juta penonton di pawagam-pawagam Indonesia.
"Selepas sukses di Indonesia, filem ini pula menemui peminat di negara jiran. Saya harap penggemar filem Malaysia, terutamanya kepada penggemar filem seram dapat menerima filem ini dan menontonnya di pawagam," katanya lagi.
Jailangkung yang turut dijayakan oleh Jefri Nichol, Wulan Guritno, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi dan ramai lagi ini dibawakan oleh Astro Shaw dan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula hari ini (10 Ogos 2017).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024