Laman Utama

Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"

Shahrin Zulkifle
08/12/2022
04:00 MYT
Sponsor Banner
Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Tom.
Dedah Fuad, 43, hatinya kembali terpaut dengan bekas teman wanitanya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan akhirnya meluahkan isi hatinya kepada Tom kira-kira dua minggu lalu.

Fuad lamar Tom jadi kekasih

"Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.
"Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya kepada Gempak.

Tom bekas teman wanita Fuad

Dalam pada itu, Fuad mendedahkan Tom sebenarnya bekas kekasihnya pada 2005 namun mereka terpaksa berpisah disebabkannya menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
Tambah Fuad, selepas habis sahaja tempoh hukuman tersebut, dia dan pelantun lagu Redha itu sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sehingga dipertemukan semula di pentas GV9.
"Tapi sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tiada contact lagi.
"Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baru, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza (GV).
"Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah," katanya.

Fuad mahu tebus kesalahan & rancang kahwin

Dalam masa sama, Fuad turut menganggap hikmah dipertemukan semula dengan Tom merupakan peluang untuk dirinya menebus kesalahan kerana meninggalkan penyanyi itu.
"Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.
"Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik," tambahnya.
Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status 'in relationship'.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024