Hiburan

“Aku Tengok Sampai Habis Walau Tak Faham” - Hebatnya Pembaca Berita Mandarin Ini!

Azwa Rahman
10/07/2020
11:06 MYT
Sponsor Banner
“Aku Tengok Sampai Habis Walau Tak Faham” - Hebatnya Pembaca Berita Mandarin Ini!
Seorang pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencuri tumpuan wargamaya apabila membaca berita mandarin di saluran TV2.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sedutan berita mandarin tersebut untuk tatapan umum. Difahamkan nama personaliti TV2 ini adalah Rasyidah Abu Johan yang merupakan pembaca berita Mandarin Melayu pertama di Malaysia.
Malah, ramai yang turut berkongsi seorang lagi selebriti Malaysia yang pandai berbahasa Mandarin adalah Baki Zainal.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai yang memuji keprihatinan RTM dalam menyemarakkan lagi pelbagai bangsa yang ada di Malaysia.
“TV2 punya majmuk dari dulu sampai sekarang. Kau tengok rancangan dengan berita dia semua bahasa, genre dia sumbat,” komen seorang wargamaya.
“Nak tengok drama Cina Malaysia dimana lagi, pastilah di TV2. Teruskan usaha terbaik anda TV2, puji seorang wargamaya.
“Inilah maksud saya, daripada nak tunjukkan perbezaan kita, apa kata semarakkan kesamarataan yang kita ada, sangat menarik!” kata seorang wargamaya.
“Aku tengok dia baca berita sampai habis walaupun aku tak faham,” usik seorang wargamaya.
“RTM punya content selalu dekat di hati masyarakat Malaysia. Syabas,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video berdurasi dua minit tersebut telah menerima hampir 160,000 tontonan daripada wargamaya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024