Laman Utama

"Aku Beragama Islam, Melaknat Orang Yang Menghina Islam" - Afdlin Shauki

Amri Hassan
11/07/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
"Aku Beragama Islam, Melaknat Orang Yang Menghina Islam" - Afdlin Shauki
Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki menentang sekeras-kerasnya pihak yang cuba menghina agama Islam.
Menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau, Afdlin yang cukup dikenali sebagai aktivis kerja amal dan kemanusiaan punyai prinsip dalam menegakkan syiar Islam.
"Tak kisahlah korang nak cakap apa pasal saya, tapi untuk mengelakkan fitnah, biar saya beri sedikit lagi penerangan.
"Aku seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam.
"Di dunia memang patut di saman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.
"Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama Islam, kerja-kerja ngo di palestin, syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manafaat kepada orang di sekeliling saya.
"Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan," tulisnya.
Afdlin dalam pada itu menegaskan mengenai tindakannya tidak menyokong penutupan Crackhouse Comedy Club kerana ia membabitkan periuk nasi banyak pihak yang tidak bersalah.
"Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang di beri untuk mencari nafkah. So isu dia kita kena dakwa pesalah tu!
"Tapi bayangkan seorang datang ke tempat kerja awak dan tiba-tiba mendajal korang semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda? Penghinaan kepada agama kita memang tak boleh terima!
"Apa minah tu buat memang haram jadah. Jadi kawalan yang lebih baik harus di lakukan di mana-mana tempat persembahan.
"SOP memang sudah ada tapi kalau orang tak ikut kita kena ambik tindakan segera.
"Jadi penutupan sementara untuk membantu siasatan polis silakan, tapi, bila saya dengar berita Crackhouse akan di tutup, saya agak terkejut.
"Kerana ini tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca tv sekarang mendapat permulaan mereka," tegasnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu acara komedi di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendakwa dirinya Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Bagaimanapun, wanita itu tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Tegas Afdlin, dia tidak pernag menyokong individu yang menghina agama Islam namun kini menyalahkan individu terbabit yang telah mencalarkan imej pelawak.
"Periksa dulu apa yang saya maksudkan. Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya menyokong penghina Islam itu! Sekarang ni saya menyalahkan beliau kerana menghina agama Islam dan menabur pasir di atas periuk nasik pengkarya yang cuba mencari sesuap nasi.
"Saya harap penghina Islam itu dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya!" tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024