Laman Utama
Aktivis Pakistan, Malala Yousafzai Bernikah Dengan Jejaka Pilihan Hati
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan serta aktivis Pakistan, Malala Yousafzai sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Asser Malik.
Menerusi laman sosial Instagram, Malala, 24, mengumumkan pernikahannya untuk tatapan umum.
Malala berkahwin dengan Asser dalam satu majlis kecil-kecilan di rumahnya dekat Birmingham dan berkongsi gambar perkahwinannya di Twitter.
“Hari ini menandakan hari istimewa dalam kehidupan saya. Asser dan saya melafazkan ijab kabul untuk menjadi pasangan seumur hidup.
"Kami meraikan majlis pernikahan secara kecil-kecilan di rumah saya di Birmingham bersama keluarga kami. Saya minta anda doakan kami. Kami amat teruja untuk bersama-sama menempuhi perjalanan hidup seterusnya," katanya.
Malala yang ketika berusia 15 tahun terselamat selepas ditembak di kepala oleh Taliban kerana memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan.Today marks a precious day in my life.Asser and I tied the knot to be partners for life. We celebrated a small nikkah ceremony at home in Birmingham with our families. Please send us your prayers. We are excited to walk together for the journey ahead.?: @malinfezehai pic.twitter.com/SNRgm3ufWP— Malala (@Malala) November 9, 2021
Pada ketika itu, dia berada di dalam bas di tempat kelahirannya dekat di lembah Swat pada tahun 2012.
Gadis itu pulih daripada kecederaan beberapa bulan selepas serangan itu sebelum berhijrah dan menerbitkan buku memoir yang laris jualannya bertajuk 'Saya Malala'.
Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2017, berkongsi dengan Kailash Satyarthi, pejuang hak kanak-kanak dari India.
Malala menamatkan pengajian di Universiti Oxford tahun lalu dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi.
Ketika ini, beliau tetap memperjuangkan hak pendidikan untuk kanak-kanak perempuan menerusi Dana Malala, termasuk membiayainya di Afghanistan.
Beliau turut menjalin kerjasama dengan Apple TV+ dalam menghasilkan drama serta dokumentari yang menumpukan kepada hal ehwal wanita dan kanak-kanak.
Must-Watch Video