Laman Utama

Akibat Dengki! Makcik Puaka ‘Serang’ Peniaga Nasi Lemak Sebelah Kena Karma, Tapak Gerai Dikunjungi DBKL

Azwa Rahman
12/10/2022
14:44 MYT
Sponsor Banner
Akibat Dengki! Makcik Puaka ‘Serang’ Peniaga Nasi Lemak Sebelah Kena Karma, Tapak Gerai Dikunjungi DBKL
Seorang peniaga nasi lemak yang tamak bertindak ‘menyerang’ seorang lelaki dan wanita yang didakwa menjual menu yang sama di gerai sebelahnya.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di platform TikTok, indisen terbabit menjadi lebih tegang apabila peniaga nasi lemak itu menghamburkan kata-kata bersifat dengki, tamak dan riak.
Gerai peniaga terbabit dipercayai terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
“Esok saya tak nak tengok nasi lemak ada di sini. DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dah bagitahu kan? Dia cakap saya ada kuasa kat sini,” kata wanita tersebut.
Walaupun video penuh telah dipadam di laman TikTok, di laman Twitter, perkongsian yang ditangkap layar masih tular dan menjadi buah mulut dalam kalangan pengguna media sosial.
“Apa ke kafir makcik tu. Orang mengucap pun tak boleh. Boleh tak siapa-siapa kat TTDI pergi flip table makcik tu berniaga? Marah plak aku,” komen seorang wargamaya.
“Biasalah penyakit orang melayu berniaga. Mindset tak pernah berubah. Paling teruk bila guna cara orang tak nampak, hantar benda dekat owner kedai tu. Even kedai biasa pun orang boleh tak suka. Tak pernah percaya dengan rezeki Allah bagi,” luah seorang wargamaya.
“Berniagalah di mana sekalipun, kalau dah Allah tulis itu rezeki anda, maka itulah rezeki anda. Makcik berniaga apa sekalipun, kalau haritu Allah takdirkan itu rezeki kawan tu, maka itulah rezeki dia,” kata seorang wargamaya.
“Melayu dengki. Lepas dia kena viral, kedai dia kena boikot, lepastu dia pulak kata melayu dengki. buat kedai dia. dia jaja lah ke orang lain, melayu dengki. The cycle of melayu dengki continue,” ujar seorang wargamaya lagi.
Dalam pada itu, tular sekeping foto menunjukkan memaparkan gerai nasi lemak, dipercayai milik individu yang menyerang peniaga berkenaan dikunjungi oleh pihak berkuasa.
“Tulah nak tutup periuk nasi orang lagi. Last-last sendiri kena kat diri sendiri plus bayar saman buduh,” tulis individu yang berkongsi foto berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024