Berita

Akhirnya! Piala Malaysia & Semua Acara Sukan 'Hidup Semula' Berkuat Kuasa 1 Jan 2021

Maliah Surip
19/12/2020
13:55 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya! Piala Malaysia & Semua Acara Sukan 'Hidup Semula' Berkuat Kuasa 1 Jan 2021
Berita baik untuk sektor sukan. Kerajaan akhirnya mengumumkan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi termasuk penganjuran Piala Malaysia secara berfasa berkuat kuasa 1 Januari ini kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penganjuran kejohanan tempatan dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau maksimum 4,000 orang.
Ismail Sabri kemudian menegaskan, sukan dengan penyertaan lebih 500 peserta seperti larian, berbasikal dan maraton tidak dibenarkan.
Katanya lagi, prosedur operasi standard (SOP) bagi kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat tertentu.
"Semalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membentangkan SOP dan Jawatankuasa Teknikal bersetuju untuk membenarkan pembukaan sektor sukan dan rekreasi berkuat kuasa 1 Januari ini.
"Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan dengan mematuhi SOP ditetapkan.
"Penganjuran kejohanan tempatan adalah dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton.
"Aktiviti massa yang melibatkan penyertaan melebihi 500 orang pada satu masa seperti acara larian, berbasikal dan maraton adalah tidak dibenarkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, di kawasan PKPB, aktiviti sukan dan rekreasi kategori individu serta berpasukan bagi tujuan aktiviti latihan, permainan dan perlawanan sama ada sukan dalaman (indoor) atau di tempat terbuka (outdoor) tanpa penonton adalah dibenarkan.
Beliau turut mengumumkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia dibenarkan bermula Januari ini.
"Bagi negeri PKPP, jumlah kehadiran penonton dihadkan 10 peratus daripada kapasiti tempat duduk atau maksimum 4,000 orang.
"Bagi negeri PKPB, perlawanan adalah tanpa kehadiran penonton," katanya.
Sumber: Berita Harian Kredit Foto: Razak Latif
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024