Terkini

Aizat Saha Akui Rapat Dengan Penyanyi Hazreen Amreena, Bimbang Ada Netizen Iri Hati - "Doakan Yang Terbaik Untuk Kami"

Ainun
26/11/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Aizat Saha Akui Rapat Dengan Penyanyi Hazreen Amreena, Bimbang Ada Netizen Iri Hati - "Doakan Yang Terbaik Untuk Kami"
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama penyanyi yang juga pempengaruh popular TikTok, Hazreen Amreena.
Jelas Aizat, dia bagaimanapun tidak pernah menjangka akan melewati fasa-fasa bahagia seperti yang sedang dilalui bersama ketika ini.
“Apa yang saya boleh katakan adalah hubungan ini tidak pernah saya jangkakan. Saya hanya mengikuti aliran keadaan, dan apa yang terjadi sekarang adalah kami sekadar melayannya kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan,” katanya kepada Gempak.
Aizat Sahar berkongsi perkara itu ketika menghadiri konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad malam.
Tambah Aizat, dia dan Hazreen sedikit gementar apabila hubungan mereka diketahui umum malah, bimbang sekiranya terdapat netizen yang iri hati terhadap hubungan tersebut.
Namun begitu, Aizat berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
“Saya dan pasangan belum melalui fasa sebegitu, tetapi Insya Allah, semoga yang baik-baik sahaja berlaku antara kami. Kami juga berusaha untuk tidak terlalu kerap berkongsi tentang hubungan ini di media sosial.

“Apa-apa pun, hanya doakan yang terbaik untuk kami. Semoga hubungan ini sentiasa diberkati.

"Saya faham perasaan peminat yang ingin tahu perkembangan saya, tetapi saya juga manusia biasa yang memerlukan kasih sayang dan kebahagiaan.
“Pada akhirnya, saya akan melangsungkan perkahwinan juga, jadi lambat-laun perkara ini akan berlaku.
“Saya berharap peminat akan sentiasa menyokong saya walau apa pun keadaan,” ujarnya.
Disebabkan hubungan istimewa mereka itu, Aizat memilih untuk mengurangkan kekerapan kandungan digital berkonsepkan POV seperti yang kerap dilakukan sebelum ini.
“Kandungan POV bertemakan teman lelaki akan saya kurangkan kerana ada netizen yang tidak suka menontonnya. Apa-apa pun, saya tetap akan meneruskan video kandungan POV saya seorang sahaja,” ulasnya.
Sekadar info, Aizat mula dikenali di aplikasi TikTok selepas video-video genre point of view (POV) yang memaparkan kisah pasangan kekasih viral dalam kalangan netizen sehingga dia diberi julukan Abang POV.

BERITA TRENDING: Roziana Cindy Artis Singapura Pertama Berkolaborasi Dengan Ade Govinda! - "Lagu Ini Membawa Pendengar Menyelami ..."

BERITA TRENDING: Pelakon Sudah Jadi Ustazah Menangis, Rayu TV Tidak Tayang Ulang Sinetron

BERITA TRENDING: Pierre Andre Akui Gemuruh Bekerja Dengan Ibu Sendiri - “Bila Masuk Set, Dia Anggap Saya Orang Lain Dan Saya Hormat Dia”

BERITA TRENDING: “Kami Rancang Terbitkan Buku, Himpun 2,000 Lagu ...” - Anak Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar