Berita

Aishah Dah Muat Sarung Baju Saiz Lama Dirinya Sewaktu 1990-an

ZULHILMI JALIL
09/09/2020
02:32 MYT
Sponsor Banner
Aishah Dah Muat Sarung Baju Saiz Lama Dirinya Sewaktu 1990-an
Penyanyi Aishah berkongsi penampilan terkini dirinya menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, kata Aishah dia sudah berjaya menyarungkan pakaian yang bersaiz jauh lebih kecil berbanding sebelum dirinya mengalami penurunan berat badan.
"Cuma nak tayang diri saya memakai pakaian saiz UK12.
"Kali terakhir saya boleh muat saiz 12 adalah pada tahun 1996. Ia benar-benar satu pencapaian buat saya," kata penyanyi berusia 55 tahun itu.
Dalam entri tersebut, Aishah mengenakan blaus berwarna kuning yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam.
Katanya lagi, sejak turun berat badan, dia sendiri dapat merasai perbezaan ketara ketika menyanyi terutamanya apabila menyentuh soal pernafasan.
Di ruangan komen, rata-rata peminatnya turut berasa gembira dengan pencapaian pelantun lagu Janji Manismu itu yang selama ini berusaha menurunkan berat badannya.
"Wow tahniah kak, suka tengok kehidupan kak sekarang.
"Amboi, lagi nampak muda lagilah lepas kurus," komen sebahagian pengikutnya.
Sebelum ini, Aishah mendedahkan dirinya menjalani pembedahan Bariatric pada 2018.
BACA: Aishah Gembira Turun 21 Kg Selepas Menjalani Pembedahan
Terdahulu, Aishah pernah mengakui pernah menyarungkan baju bersaiz UK 22 akibat masalah berat badannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024