Laman Utama

“Ain, Aimi, Tunggu Ayah Datang Tau” - Allahukbar! Sebulan Tak Jumpa Anak, Shuk Buat Ramai ‘Potong Bawang’!

Hanafis Haris
24/05/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Ain, Aimi, Tunggu Ayah Datang Tau” - Allahukbar! Sebulan Tak Jumpa Anak, Shuk Buat Ramai ‘Potong Bawang’!
Lebih sebulan tidak bertemu! Itu hakikat terpaksa ‘ditelan’ pelawak dan pengacara Shuk Sahar apabila sudah lama tidak berjumpa dengan kedua-dua anak perempuannya.
Pengakuan Shuk itu dibuat menerusi satu posting di akaun TikToknya semalam.
Menurut Shuk, sejak awal Ramadan lalu, kedua-dua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi telah berangkat ke Sabah.
“Jadi lebih sebulan lebih juga tak jumpa anak. Sejujurnya saya sangat-sangat rindu nak jumpa diorang.
“Pagi ni saya bangun tak ada plan terus beli tiket ke Sabah untuk buat surprise. Ain, Aimi tunggu ayah datang tau,” katanya.
Menerusi video berdurasi 50 saat itu, kelihatan kedua-dua anak Shuk berlari untuk memeluk ayah mereka.
Kerinduan jelas terpancar apabila Shuk terus mendukung erat kedua-dua puterinya itu.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen berharap Shuk supaya terus tabah dan diberi kekuatan susulan isu rumah tangga dihadapi.
Kebanyakan mereka sebak apabila mengetahui Shuk sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya.
@shuksahar Hanya rindu #fyp #hartaduniaakhirat #shuksahar ♬ original sound - shuksahar
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.
Pergolakan rumah tangga Shuk sudah berlaku beberapa kali sehingga kali terakhir isterinya sendiri mendedahkan kecurangan pengacara dan penyampai radio itu dengan wanita yang sama.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024