Hiburan

Aik Masuk Udang Dulu Baru Tumis Cili? Masakan Cleopatra Dikecam Netizen!

Hanafis Haris
11/12/2019
11:21 MYT
Sponsor Banner
Aik Masuk Udang Dulu Baru Tumis Cili? Masakan Cleopatra Dikecam Netizen!
Wanita cantik dikenali sebagai 'Cleopatra' yang sebelum ini didakwa netizen sebagai seorang transgender sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video dia sedang memasak.
Menerusi satu posting di Twitter, Cleopatra memuat naik satu video memaparkan dia sedang memasak hidangan kuew tiaw udang.
"Cleo memasak CQT (char kway teow).
"Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya," katanya.
Tidak mengendahkan kapsyen tersebut, netizen sebaliknya lebih tertarik untuk mengecam teknik masakan Cleopatara yang dikatakan tidak betul.
Rata-rata mereka mempersoalkan pes cili sepatutnya dimasak terlebih dahulu sebelum memasukkan udang.
Malah, ada juga mempertikaikan tindakan Cleopatra yang menambah air di penghujung masakan.
Anda boleh lihat antara komen menarik netizen di bawah.
Apapun, kesemua kecaman itu dilihat tidak mematahkan semangat wanita tersebut untuk memuat naik satu lagi video terbaru masakannya.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah. Terdahulu, Cleopatra mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila dia didakwa seorang transgender yang bekerja dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq walaubagaimanapun telah menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender.
BACA: "Dia Wanita Sejati & Ada Dua..." - Syed Saddiq Perjelas Isu Transgender Cleopatra
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024