Laman Utama

Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Daripada Peguam Puteri Sarah, Didakwa Langgar Perintah Injuksi

Asyikin Mayudin
09/11/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Daripada Peguam Puteri Sarah, Didakwa Langgar Perintah Injuksi
Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defenda iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Menurut Puteri Sarah, pihak peguam sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya
Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh netizen.
Peguam Puteri Sarah juga telah menghantar satu notis komital / penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai pada semalam kepada individu tersebut.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” ujarnya.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya l menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024