Laman Utama

Ah Sudah, Anti Vaksin Dakwa KJ Guna Tangkal Azimat & 4 Jenis Jin Untuk Lindungi Diri?

Hanafis Haris
17/10/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ah Sudah, Anti Vaksin Dakwa KJ Guna Tangkal Azimat & 4 Jenis Jin Untuk Lindungi Diri?

Kemelut antara Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan golongan anti-vaksin nampaknya masih belum berakhir.

Jika semalam, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin, hari ini muncul pula satu tomahan balas daripada golongan tersebut.

Menerusi Instagram Story KJ, ada individu mendakwa dia menggunakan tangkal serta jin untuk melindungi diri.

“KJ ada guna tangkal dekat tangan kiri. Ada empat jenis jin setan yang dia guna untuk lindungi diri dia,” kata seorang individu menerusi platform di Telegram.

Enggan berdiam diri, KJ kemudian menjawab dakwaan tidak berasas berkenaan.

“Salah, saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia.

“Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” katanya.

Anda boleh lihat gambar perbualan kumpulan antivaksin tersebut di bawah.

Sekadar info, Khairy semalam turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024