Berita

“Adab Dengan Suami Kena Jaga Walaupun Huru Hara...”- Noorkhiriah Sediakan Minuman Suami Dalam Gelas Beralas Piring

Syafiqah Jalal
13/02/2019
02:21 MYT
Sponsor Banner
“Adab Dengan Suami Kena Jaga Walaupun Huru Hara...”- Noorkhiriah Sediakan Minuman Suami Dalam Gelas Beralas Piring
Pelakon Noorkhiriah akui dia masih dalam proses belajar menjadi isteri terbaik walaupun sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Noorkhiriah, sehingga kini dia masih pegang dengan pesanan ibunya supaya menjaga adab dengan suami terutama ketika makan.
“Adab dengan suami kena jaga walaupun huru hara. Mana dan weh, gelas plastik kaler hijau alas piring...tak matching langsung.
“Nak pesan kalau suaminmakan teman, duduk sebelah dan cedokkan lauk letak dalam pinggan elok-elok alaskan. Sebab mak tahu anak dia ni asal boleh.
“Sungguh pun dah 13 tahun kahwin, hari-hari akak proses belajaruntuk kenal each other,” tulisnya.
Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kata Noorkhiriah lagi, ibunya berkongsi petua kekal bahagia bersama.
“Mak dan Pak berpisah mati...Sempatlah masa kecil dulu ternampak..Mak sikat Rambut arwah Pak guna sikat kutu,ini petua kekal rupanya..
“Benda simple tapi effect till Jannah. InshaAllah Aameen..Sayang Pak Mak?” Katanya lagi
Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Noorkhiriah dan mendoakan kebahagiaanya bersama suami.
A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024